Monday, 7 January 2013

Recycle Botol Kaca?


Botol oh botol.
Teringat zaman kanak-kanak, selalu tolong emak kumpulkan botol terpakai untuk dijual. Ada botol kicap, cuka, cili dan tomato. Urmmm...botol-botol lain tak ingat. Paling gembira bila dapat pulangan, biarpun hasil jualan botol terpakai tidak seberapa, tetapi pada masa tu 2,3 hinggit amat besar nilainya. Kadang kala botol dirembat adik-adik lelaki buat simpanan hasil tangkapan ikan. Biar betul, besar ke botol tu? Muat kalau setakat ikan darat – bila musim tengkujuh macam-macam ikan yang keluar, seronok menangguk di tepian bendang dan sawah padi. Tapi kerana takut dimarahi arwah abah, adik-adik akan simpan botol-botol mereka di bawah katil. Hehe

Sebenarnya kat sini nak berkongsi cara untuk menghilangkan kesan gam/pelakat pada botol. Niat di hati mahu keluar mencari jar kecil/botol tapi agak malas dan bila survey  harganya 3 dollar lebih macam sayang pula nak labur begitu aje. Kebetulan di dapur ada botol mayonis yang isinya dah ke hujung nyawa, hehe..so jadi mangsalah.. Projek punya projek maka terhasillah...


Macam botol baru kan? Caranya mudah sangat. Hanya perlu bersihkan botol dan rendam dengan air panas (kalau you all nak rebus botol tu pun boleh juga).  Bila dah sejuk, dengan mudahnya pelekat tu akan tertanggal. Tapi!!! Mesti bengangkan bila kesan gam masih ada? Apa yang perlu dilakukan, ambil kitchen towel/apa-apa kain dan celupkan dengan cuka lepas tu gosok pada botol tu. Nak tenyeh ke nak sental ke, suka hatilah asalkan kesan gam tersebut hilang. Senangkan?


Ni dia botol terpakai yang dah dikerjakan, kita guna untuk isikan serbuk kopi putih. Nanti boleh recycle 2,3 botol lagi. Botol ni amat sesuai kalau diisi homemade jam kan? So, selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment