Botol oh botol.
Teringat zaman kanak-kanak, selalu tolong emak kumpulkan
botol terpakai untuk dijual. Ada botol kicap, cuka, cili dan tomato.
Urmmm...botol-botol lain tak ingat. Paling gembira bila dapat pulangan, biarpun
hasil jualan botol terpakai tidak seberapa, tetapi pada masa tu 2,3 hinggit amat
besar nilainya. Kadang kala botol dirembat adik-adik lelaki buat simpanan hasil
tangkapan ikan. Biar betul, besar ke botol tu? Muat kalau setakat ikan darat – bila
musim tengkujuh macam-macam ikan yang keluar, seronok menangguk di tepian
bendang dan sawah padi. Tapi kerana takut dimarahi arwah abah, adik-adik akan
simpan botol-botol mereka di bawah katil. Hehe
Sebenarnya kat sini nak berkongsi cara untuk menghilangkan
kesan gam/pelakat pada botol. Niat di hati mahu keluar mencari jar kecil/botol
tapi agak malas dan bila survey harganya
3 dollar lebih macam sayang pula nak labur begitu aje. Kebetulan di dapur ada
botol mayonis yang isinya dah ke hujung nyawa, hehe..so jadi mangsalah.. Projek
punya projek maka terhasillah...
Macam botol baru kan? Caranya mudah sangat. Hanya perlu
bersihkan botol dan rendam dengan air panas (kalau you all nak rebus botol tu
pun boleh juga). Bila dah sejuk, dengan
mudahnya pelekat tu akan tertanggal. Tapi!!! Mesti bengangkan bila kesan gam
masih ada? Apa yang perlu dilakukan, ambil kitchen towel/apa-apa kain dan
celupkan dengan cuka lepas tu gosok pada botol tu. Nak tenyeh ke nak sental ke,
suka hatilah asalkan kesan gam tersebut hilang. Senangkan?
Ni dia botol terpakai yang dah dikerjakan, kita guna untuk
isikan serbuk kopi putih. Nanti boleh recycle 2,3 botol lagi. Botol ni amat
sesuai kalau diisi homemade jam kan? So, selamat mencuba.